.:The Album:.
Wednesday, December 10, 2008
Fw: Surprisingly I didn't know this !! ............
I have been driving for nearly 44 years... I would think I should have
noticed the little secret on my dashboard that was staring me in the
face the whole time...I didn't...and I bet you didn't either...
Have you ever rented or borrowed a car and when arriving at the gas
station wondered...mmm, which side is the gas filler cap?
My normal s olution was to stick my hea d out the window, strain my
neck and look, try to see in the side mirrors or even get out of the
car!
Well ladies and gentlemen, I'm going to share with you my little secret
so you will no longer look like Ace Ventura on your way to the gas
station or pu t your neck at risk of discomfort or injury.
If you look at your gas gauge, you will see a small icon of a gas pump?
The handle of the gas pump will extend out on either the left or right
side of the gas pump?
If your tank is on the left, the handle will be on the left? If your
tank is on the right, the handle will be on the right (see photo). It
is that simple!
(Embedded image moved to file: pic18759.jpg)
Don't feel dumb, just go out and share the world's best kept auto
secret with your friends.
Monday, November 17, 2008
Tips Menangani Anak
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan
dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi
bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintificnya ada kaitan
dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada
rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si
anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh
disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah
suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak
rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh lace w:st="on"cuba lace
cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan
cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi
jiwanya sentiasa hidup.
" Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa
veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh,
kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada
mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa. Allah maha pengampun
dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian
bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba lace kita perhatikan
kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan
lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini.
Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke
peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan
dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang
baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang
lain.
501 tips yang diberikan oleh Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan
potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan
winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai
winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri mereka
dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri mereka tidak
boleh.
Tips:
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama
panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah
digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang
dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak
yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan
membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah
pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk
setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu
perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang
berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap
perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah
keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan
mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi
pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan
akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama
belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan
anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu
real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang
sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan
mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan
belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma
untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun
dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi.
Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri
Sunday, November 16, 2008
Pimpinlah Rumahtanggamu Ke arah Syurga
Dengan Menyebut namaMU Ya-ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
Syukur alhamdulilah di bumi yang penuh barakah ini dapat kembali kita semua
meneruskan kehidupan amanat yang ALLAH swt berikan pada kita sebagai
Khalifah di muka bumi ini. Moga kehidupan yang dilalui dapat dimanfaatkan
ke arah kebaikan dunia akhirat serta dipohon terhadap-Nya dijauhkan kita
sebagai Umat yang Lalai.. Insya-Allah..
Sahabat sahabiah yg dimuliakan,
Fahamilah, Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika
dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk
mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang
tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah
bulan serta kerdipan sang bintang.
Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang
dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti
mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga
tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata.
Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian
yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan
airmata dititis kerana dunia. Fahamilah, Tiada keindahan hidup ini jika
amanah Allah tidak didahulukan. Amanah Allah adalah Agamanya.
Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan kepuasan yang membutakan,
tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan, hidup adalah untuk
mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan.
Sahabat Sahabiahku yang dikasihi,
Kini engkau melangkah ke dunia baru, dunia kepimpinan, dunia yang diujikan
kepadamu seorang yang bernama wanita. Dia mempunyai sifat dan citarasa yang
berlainan denganmu, halus perasaannya dengan satu harapan dan impian.
Bimbinglah tangannya ke syurga jannah. Temukan ia dengan Tuhannya, temukan
ia dengan Nabinya, temukan ia dengan hamba- hamba yang bertakwa.
Peliharalah ia baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu, jangan
terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Bertegaslah kamu dalam urusan
akhirat dan berlemah lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah
bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu, sempurna engkau mendidiknya, nescaya
sempurnalah anak-anakmu, sumbang engkau mendidiknya, sumbanglah
anak-anakmu.
Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang
menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal agar
setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa. Orang lelaki beriman
adalah impian setiap wanita yang baik, ia adalah lambang kekuatan dan
kegigihan, ia adalah lambang pelindung dan penghibur.
Bentuklah ia mengikut acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan
ingatlah, menyalahkan kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah
melambangkan kelemahan peribadimu. Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk
isterimu berpaut ketika ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu.
Jangan engkau tonjolkan kesusahanmu kerana isterimu tidak mampu bergembira
jika engkau bersedih. Isterimu adalah teman yang terbaik dan yang paling
dipercayai.
Sahabat &Sahabiah yang dikasihi,
Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu.
Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya.
Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan
senjata kasih sayang.
Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda
umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. Nekadlah
dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah
keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu
atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka.
Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi
adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga.
Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa
sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya
merasai puas hati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan
layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. Hidupmu kini memasuki
pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang ia suka dan
apa yang ia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. Ia adalah
bakal ayah kepada anak-anakmu.
Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah
dia baik- baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya
dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan
kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan.
Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia
melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang
memancar indah.
Doa utk para-para suami:
"Ya-Allah Kurniakan diriku Suami yang soleh, serta jadikan diriku anak
isteri yang soleha di pandangan mata kedua orang tua dan suami serta
anak-anak yang mendapat barakah dunia akhirat. Jadikanlah rumah tanggaku
rumah tangga yang mendapat keberkatan DUNIA AKHIRAT seperti yang engkau
kehendaki..
Amiin.
Semoga berbahagia ke akhir hayat..Insya-Allah...
Di dalam Surah An Nisaa: Ayat 34, Allah S.W.T Berfirman:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita."
Di dalam Surah Al-A'raf: ayat 26, Allah S.W.T Berfirman:
"Hai anak keturunan Adam, Sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu
pakaian untuk perhiasan. Dan pakaian Taqwa itu adalah yang paling baik.
MUKA DAN LEHER: "Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan jangan
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliyah yang terdahulu."
a) Bersolek (Make Up)
b) Menurut Miqtil: "Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan
leher seperti orang Jahiliyah"
DADA: "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutup
dada-dada mereka."
WANGIAN: "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati
suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap
melakukan zina dan tiap-tiap mata itu adalah zina."
Renung-renungkan dan selamat beramal....
Saturday, November 1, 2008
Wednesday, October 29, 2008
Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Tuan/Puan,
Maklumat untuk dikongsi bersama.
Subject: FW: Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan
saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu
bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf
yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh
adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi
aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di
kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang
kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga
bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini
mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu,
otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru,
melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis,
sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas
secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan
menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam
majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang
dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian
imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda.
Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan
mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila
sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak
mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak
dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama
berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan
mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan
kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini
sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang
diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan
otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui
mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan
menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng
kepentingan berzikir dan mengabaikannya.




